Assalamualaikum,
Post kali ini berkisar tentang
hati.. Jeng,jeng,jeng... Kita selalu dengar kata-kata ini : "mulut boleh kata apa-apa sahaja, tetapi
hati tidak boleh menipu". Saya sokong dengan kata-kata tersebut. Semuanya berdasarkan pengalaman tersendiri. Cuba bayangkan apabila kita minta sesuatu, dan orang yang kita minta itu tidak mahu menunaikan perkara tersebut, malah orang itu pula yang buat permintaan macam-macam.. Apa perasan kita, sedih bukan, tetapi kita mesti berfikiran positif, mungkin permintaan orang itu lagi baik. Kita pun bersetuju tetapa hanya
hati kita yang tahu kita tak nak perkara tersebut. Munkin mulut kita mengatakan ya tetapi
hati berkata tidak sebenarnya. Bermacam-macam cara yang kita cuba gunakan tetapi kadang-kadang kita salah tafsir, orang itu mahu yang lain tetapi kita bagi lain. Kita pun ubah balik dan beri apa sahaja kesukaan dia, sebab kita sayang dia.
Hati memang tidak pernah menipu. Contohnya apabila kita buat sesuatu yang diminta atas permintaannya kita kata "okay", tetapi alih-alih orang itu pula mula mencari kita semula tidak seperti permintaannya sebelum itu. Kesimpulan disini saya tahu apa yang dimintanya itu hanya atas kata-kata tetapi
hati dia sendiri tidak mahu perkara tersebut. Oleh itu kita tidak perlu terasa
hati kerana orang itu sebenarnya tidak ada niat tidak baik cuma mahu memperbaiki setiap perkara supaya menjadi lebih baik..
Pengajaran : Jangan terlalu tergopoh-gapah fikir bukan-bukan, lihat dahulu adakan perkara itu baik atau buruk (boleh rujuk post sebelum ini tetapi ambil yang membawa kesan baik sahaja)
Sekian.. :)