Assalamualaikum,post kali ini saya nak kongsikan sedikit ubat-ubatan tradisional bagi merawat penyakit darah tinggi..Munkin orang ramai akan lebih memilih alternatif perubatan moden tetapi disini saya nak kongsikan serba sedikit info... Sumber maklumat ini diperoleh dari buku Ciptaan Jiwaseni Sdn. Bhd(1989).. Saya harap info ini dapat membantu kepada yang memerlukan..Antaranya adalah :
1. Ambil
daun kayu putih sekadar mencukupi dan dicuci dengan bersih.Dapatkan periuk besar dan rebuslah daun-daun itu dengan air sejuk biasa hingga mendidih.Air daun kayu putih digunakan untuk mandi tiap-tiap pagi hingga seminggu.
2.
Daun pandan dicuci dan direbus dengan air biasa,,iaitu 2 gelas air dicampur dengan daun pandan tersebut, direbus sehingga air tinggal setengah gelas.cranya ialah apabila darah tinggi mula naik maka minumlah air tersebut nescaya darah tinggi kembali normal.tetapi hendaklah berpantang seperti nasihat doktor.
3. Makanlah
daun saderi kira-kira 1 jambak sehari,dibuat ulam.Boleh juga direbus dengan air,sehingga tinggal setengah gelas dan minum pada waktu gagi dan ketika hendak tidur malam.
4. Makan
buah belimbing manis sebiji sehari juga dapat merawat darah tinggi.
5. Daun belimbing buluh diambil satu cupak dan dijemur kering.Kemudian rebus dengan 2 gelas air dan apabila mendidih diangkat dan disimpan 1 malam.Air daun belimbing buluh hendaklah diminum sebelum sarapan pagi dan mestilah minum ketika air sudah dingin.
Selain itu
daun pala,daun alpokat,buah mengkudu,daun salad air,timun,pucuk gelugur,empedu ayam,akar seruntun,buah epal dan daun kucai juga dapat merawat penyakit darah tinggi.Nantikan post seterusnya cara merawat penyakit kencing manis.......
bersambung...... :)